Penggunaan Audio dalam Kemahiran Lisan
Dalam proses seseorang guru mengajarkan kemahiran lisan kepada muridnya, banyak pendekatan mahupun teknik dan cara yang boleh digunakan. Salah satunya ialah melalui penggunaan audio dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Caranya mudah sahaja. Guru bolehlah memperdengarkan audio kepada murid-murid, apa sahaja audio yang dianggap relevan dengan pengajaran guru tersebut. Kemudian, guru bolehlah menyuruh murid untuk menceritakan apakah yang didengarnya melalui audio tersebut, ini adalah teknik penjanaan kemahiran berfikir murid-murid, ataupun menyuruh murid untuk mengikuti serta menyanyikan audio tersebut. Paling penting, guru harus berfokus kepada kemahiran yang ingin dicapai, iaitu kemahiran lisan murid-murid tersebut. Kelihatannya ringkas, tetapi tidak semudah yang disangkakan bukan? Namun, dengan sedikit latihan, tentu guru boleh mempraktikkan kaedah ini. Selamat mencuba..
Di bawah ialah contoh-contoh audio yang boleh digunakan oleh guru :
Di bawah ialah contoh-contoh audio yang boleh digunakan oleh guru :
08_wawasan_2020.mp3 | |
File Size: | 3239 kb |
File Type: | mp3 |
ilham.lite.mp3 | |
File Size: | 1148 kb |
File Type: | mp3 |
jaya.lite.mp3 | |
File Size: | 717 kb |
File Type: | mp3 |
setia.lite.mp3 | |
File Size: | 740 kb |
File Type: | mp3 |
tanah.lite.mp3 | |
File Size: | 1033 kb |
File Type: | mp3 |