Bahan Sastera
Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yang dicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakala kesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi. Bahasa dan sastera tidak seharusnya dipisahkan kerana keduanya diibaratkan seperti irama dan lagu. Jika salah satunya tiada, maka tidaklah bermaknan salah satu yang lain itu. Di dalam karya sastera, pengarang menggunakan bahasa sebagai media pengantar untuk menyampaikan idea, mesej dan pandangan mengenai dunianya. Karya sastera yang dihasilkan dapat mengembangkan bahasa seseorang kerana karya sastera biasanya menggunakan bahasa yang halus indah dan tinggi.
Bahan sastera seharusnya menjadi sebahagian daripada bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendedahan awal seharusnya bermula dari murid-murid itu berada di peringkat rendah bawah lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaran bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu yang diajarkan secara khusus. Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu hanya menjadikan bahan bahan sastera itu sebagai komponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid.