Etika Penggunaan Internet dan Laman Web
Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan dalam proses komunikasi di kalangan anggota-anggotanya dan juga di antara agensi kerajaan dengan swasta dan orang ramai. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membuka peluang kepada komunikasi yang lebih cepat dan mudah. Salah satu kaedah komunikasi yang semakin luas penggunaannya dalam sektor awam ialah internet dan mel elektronik (e-mel). Selain daripada memudah dan mempercepatkan komunikasi, kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan kertas dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.
Namun begitu, penggunaan internet dan e-mel yang sistematik, cekap dan pantas ini jika tidak diuruskan dengan baik boleh menjejaskan keselamatan terhadap data, dokumen atau sebarang maklumat melalui penghantaran media elektronik. Dengan itu kawalan yang teratur dan perlindungan keselamatan ICT yang bersesuaian perlu diwujudkan supaya penggunaan Internet dan e-mel bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan berkomunikasi, tetapi juga dapat menjamin keselamatan maklumat yang dihantar dan diterima.
Tatacara Penggunaan Internet
Antara tatacara yang mesti diikuti dalam menggunakan internet ialah :
- Hak Akses Pengguna (pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT adalah hak milik kerajaan).
- Memilih Laman (laman yang dilayari hendaklah hanya berkaitan dengan tugas kerja dan tujuan yang dibenarkan syarikat sahaja).
- Pengesahan Maklumat (bahan dari intenet perlu ditentukan ketepatan dan kesahihannya, termasuklah rujukan sumber internet).
- Perbincangan Awam (mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan mengikut dasar dan tatacara yang ditetapkan).
MEL ELEKTRONIK
- Aplikasi membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu dengan lain dalam bentuk mesej elektronik.
- Digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi lebih daripada dua hala dengan cara yang pantas dan sesuai untuk penulisan ringkas.
- Setiap penjawat awam mempunyai e-mel rasmi yang digunakan untuk tujuan rasmi dan didaftarkan di bawah agensi Kerajaan.
- E-mel rasmi boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
a) E-mel Rahsia Rasmi (mengandungi rahsia rasmi)
b ) E-mel Bukan Rahsia Rasmi (tidak mengandungi rahsia rasmi)
TATACARA PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK
Pengguna dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan e-mel rasmi Kerajaan seperti:
- menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain;
- menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah;
- menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik;
- menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah;
- menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, ciplak atau aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia'
- menyebarkan kod perosak yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain;
- menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian;
- membenarkan pihak ketiga menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya.
TANGGUNGJAWAB PENGGUNA
Peranan dan tanggungjawab pengguna adalah seperti yang berikut :
- menggunakan akaun/alamat e-mel yang diperuntukkan oleh jabatan.
- memaklumkan kepada pentadbir ICT dengan segera sekiranya mengesyaki akaun telah disalahgunakan;
- menggunakan kata laluan yang baik dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian.
- memastikan setiap fail yang dimuat turun bebas dari virus sebelum digunakan.
- bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kandungan fail elektronik
- berhenti dan memutuskan talian dengan serta-merta sekiranya kakitangan menerima dan disambungkan ke laman internet yang mengandungi unsur-unsur yang tidak menyenangkan;
- mengadakan salinan atau penduaan pada media storan kedua elektronik.