Refleksi Minggu 1
Tugasan minggu 1 ini merupakan tugasan pertama yang diberi setelah mengikuti subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer berkodkan BMM3105. Melihat sahaja kepada nama subjek yang diberi ini, saya sudah sedikit sebanyak dapat membayangkan kandungan pelajaran yang akan diajarkan kepada saya. Pada hemat saya, sudah tentu pengajaran subjek ini akan lebih berpaksikan dan memperuntukkan penggunaan kemudahan teknologi dan komunikasi dengan sepenuhnya pada masa kini.
Tugasan minggu 1 ini mengketengahkan penggunaan enjin pencari bahan bahasa Melayu. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, salah satu cara untuk kita mendapatkan bahan-bahan yang relevan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah melalui internet. Sekiranya kemudahan internet digunakan dengan baik dan mengikut cara yang betul, guru bahasa Melayu sebenarnya boleh mendapat manfaat besar daripada internet.
Dalam tugasan ini, pelatih dididik dan diperkenalkan kepada tiga unsur-unsur utama; alamat internet, fail internet dan katalog internet. Setelah menjalankan tugasan dalam minggu ini, kini saya lebih arif dan tahu akan apakah yang dimaksudkan dengan alamat internet. Sekiranya saya mendapatkan bahan yang diperlukan melalui internet, saya haruslah melihat kepada alamat internet laman web tersebut dan menyimpannya untuk rujukan di kemudian hari. Hal ini juga disebut fail, di mana pautan kepada alamat internet ini disimpan di dalam komputer dan boleh dibuka pada bila-bila masa meskipun tidak mempunyai talian internet. Seterusnya, saya juga belajar bagaimana untuk menyediakan katalog internet, di mana di dalam katalog internet ini terkandung kesemua maklumat-maklumat mengenai sesebuah laman web tersebut yang diperlukan untuk rujukan di masa hadapan, seperti tajuk laman web tersebut, alamat internet dan juga sinopsis mengenai laman web tersebut. Sebagai seorang guru, maka penggunaan katalog ini penting kerana dapat memberi kesenangan kepada bakal guru untuk mencari semula bahan-bahan pengajaran yang diperlukan di masa hadapan.