Refleksi Minggu 2
Selesai sahaja tugasan di minggu pertama, minggu kedua menjelang tiba, dengan tugasan yang lebih mencabar, iaitu memerlukan saya untuk melakukan pencarian bahan-bahan pengajaran bahasa Melayu dan harus berkaitan dengan kemahiran-kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pada mulanya, tugasan ini agak sukar untuk dimengerti, apatah lagi untuk dilakukan. Namun, setelah mengadakan sedikit perbincangan dan kolaborasi dengan pensyarah pembimbing, iaitu Mohd Firdaus Abdul Salam dan juga rakan-rakan sekelas, sebenarnya tugasan ini tidaklah sesukar yang saya sangkakan, hanya memerlukan usaha dan kesungguhan untuk mencari bahan yang banyak dari pelbagai sumber dan mengklasfikasikan bahan tersebut mengikut kemahiran yang sesuai.
Pada pendapat saya, tugasan pada minggu ini merupakan lanjutan daripada tugasan pada minggu pertama, iaitu penggunaan enjin pencari internet untuk mencari bahan bahasa Melayu. Hal ini kerana kebanyakan bahan yang saya temui diambil daripada internet, samada audio, teks, video mahupun grafik. Namun, apa yang menariknya mengenai tugasan ini ialah, saya boleh menggunakan bahan pembelajaran seperti audio, grafik, teks ataupun video untuk digunakan di dalam set induksi dan juga ke dalam langkah-langkah pembelajaran. Selain itu juga, pelaksanaan tugasan ini juga melatih saya untuk boleh menggunakan apa-apa sahaja bahan atau kaedah pengajaran yang sesuai dan relevan untuk penyampaian ilmu kepada murid-murid, dan tidak terhad melainkan apa yang mengehadkan ialah kreativiti seseorang guru itu sahaja. Seorang guru bahasa Melayu yang berkesan sudah pasti akan memaksimumkan penggunaan bahan-bahan interaktif yang mampu menarik minat dan perhatian murid-murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik darjah.