Refleksi Minggu 3
Sebagai seorang guru, yang berkhidmat untuk kerajaan dan masyarakat, maka mereka juga tidak terlepas daripada menggunakan kemudahan internet sebagai satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Atas sebab inilah, kerajaan telah merangka beberapa etika serta peraturan penggunaan internet dan laman web, dengan mengambil kira akan pelbagai penyalahgunaan dan penyelewengan yang timbul akibat daripada penggunaan internet yang tidak betul dan menyalahi peraturan. Hal ini penting bagi mengelakkan pelbagai masalah di kemudian hari yang boleh menjatuhkan imej dan profesion keguruan di mata masyarakat.
Setelah menjalankan tugasan minggu ketiga ini, sedikit sebanyak pengetahuan saya mengenai peraturan laman web dan internet dapat ditingkatkan. Saya kini lebih berhati-hati apabila menggunakan laman web, kerana saya tahu, sekiranya saya melakukan sesuatu yang mencabuli hak orang lain, saya boleh dikenakan akta internet. Selain itu, pembinaan brosur daripada tajuk ini juga lebih membina keyakinan dan kefahaman saya tentang cara-cara untuk menghasilkan brosur yang menarik dan lengkap dari segi maklumat. Hal ini penting kerana brosur berfungsi untuk memberi maklumat dan kefahaman yang secukupnya tentang bagaimana sesuatu perkara itu dihasilkan atau dilakukan. Tambahan pula, sekiranya saya ingin menghasilkan satu pakej info mengenai cara-cara mencari bahan ataupun kaedah yang berkesan, maka penggunaan brosur ini merupakan perkara pertama yang akan saya pertimbangkan dalam menyampaikan maklumat saya kepada rakan-rakan seperjuangan lain yang memerlukan maklumat tersebut.