Refleksi Minggu 5
Tugasan pada minggu ini menghendaki saya untuk membina dan menggunakan tapak, laman web pembelajaran dan pakej tutorial pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Di antara kesemua tugasan ini, bermula daripada tugasan minggu pertama sehingga minggu keempat, tugasan ini merupakan tugasan yang saya anggap paling mencabar dan memerlukan tumpuan yang tinggi dari segi idea dan pemikiran kerana memerlukan saya untuk membina laman web, satu hal yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Namun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana di atas pertolongan pensyarah pembimbing saya yang sporting, iaitu Encik Mohd Firdaus bin Abdul Salam, beliau sentiasa tidak kekok dalam memberi pertolongan dan tunjuk ajar kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Maklumlah, pembinaan laman web ini merupakan satu perkara yang baru buat saya, maka tidak hairanlah saya sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan beliau. Selain itu, saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan sekelas yang tidak jemu dalam melayan pertanyaan dan soalan saya sepanjang pelaksanaan tugasan minggu kelima ini. Namun, saya pasti kolaborasi dan perbincangan yang telah dilakukan sudah semestinya akan lebih menambah ilmu di ruang dada ini.
Harus saya akui, banyak perkara-perkara baru yang telah saya pelajari daripada tugasan minggu kelima ini. Saya tidak berkata bahawa tugasan daripada minggu-minggu yang lain tidak bermanfaat dan berfaedah, namun mungkin kerana aura tugasan minggu kelima ini lebih kasar, lebih mencabar maksud saya, maka ianya lebih banyak memerlukan pemerahan idea dan buah pemikiran daripada saya. Pembinaan pakej pembelajaran juga memerlukan perancangan dan pembinaan yang teliti, silap sedikit akan memberi gambaran yang tidak baik terhadap pakej tersebut. Persoalannya, bagaimana saya menangani masalah ini, bagaimana saya harus mencari alternatif seboleh yang mungkin, dan menggunakan sepenuh kekuatan minda saya untuk menghasilkan pakej pembelajaran yang ringkas, padat dan sesuai untuk digunakan oleh murid-murid. Ini adalah satu cabaran yang perlu saya galas sebagai seorang guru.
Pendek kata, sebagai refleksi penutup, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya dalam penghasilkan pakej pembelajaran ini, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Sama-samalah kita belajar daripada kesilapan, dan janganlah kita malu melakukan kesilapan, kerana di penghujungnya kesilapan itulah menjadi guru kita yang paling setia dalam hidup ini.