Refleksi Keseluruhan
Sebelum saya menyudahkan atau menyimpulkan ruangan refleksi ini, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada pensyarah pembimbing kami, iaitu Encik Mohd. Firdaus bin Abdul Salam, di atas pertolongan dan bimbingannya kepada saya secara berterusan sepanjang penghasilan sehingga terciptanya laman web ini. Meskipun beliau mempunyai banyak komitmen tugas dan tanggungjawab, namun kami bersyukur kerana mendapat seorang pensyarah seperti beliau yang begitu berdedikasi dalam memastikan kami mendapat didikan sempurna berkenaan subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer ini.
Pada tahun pengajian ini, pihak maktab telah menawarkan matapelajaran BMM3105 atau nama penuhnya Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer kepada semua guru pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 3. Pada kali ini, kami perlu mengikuti subjek ini sebanyak tiga jam kredit dalam seminggu dan diajar oleh pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu, iaitu Encik Mohd Firdaus sendiri.
Sebagai seorang guru pelatih yang mengambil Bahasa Melayu sebagai matapelajaran major, subjek BMM3105 ini membantu saya untuk meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan saya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan komputer, yang dianggap sebagai kecanggihan teknologi pada masa kini. Semasa mengikuti pembelajaran ini, saya secara peribadinya dapat mempelajari dengan lebih mendalam dan mengupas lagi mengenai cara-cara menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Untuk lebih spesifik, saya telah mempelajari cara-cara menyimpan fail dalam bentuk ikon e, iaitu satu kaedah di mana bahan-bahan maklumat dari internet disimpan di dalam komputer dan boleh digunakan bila-bila sahaja meskipun tidak bersambung dengan talian internet.
Selain itu, saya juga telah belajar untuk mencari bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dari internet. Setelah diajar oleh pensyarah, barulah saya mengetahui bahawa sebenarnya terdapat banyak bahan yang boleh digunakan di internet, seperti bahan teks, grafik, audio dan juga video. Saya juga belajar bagaimana untuk menyunting video dengan menggunakan perisian-perisian yang ada, contohnya, windows live movie maker, Corel Video Studio dan banyak lagi perisian-perisian lain. Dalam hal penyuntingan video ini, saya menggunakan kesemua bahan-bahan yang ada iaitu bahan grafik, audio, dan teks dan menggabungkannya menjadi satu video yang boleh ditayangkan kepada para murid-murid dan digunakan sama ada dalam set induksi mahupun langkah-langkah pengajaran.
Seterusnya, saya juga telah belajar bagaimana untuk menghasilkan satu pakej pembelajaran yang lengkap untuk digunakan semasa mengajar. Di dalam pakej pembelajaran ini, kesemuanya lengkap, terutama dari segi grafik, teks, warna, audio dan juga video. Dengan menggunakan perisian power point, kesemua elemen-elemen ini boleh dimasukkan dan menjadi satu pekaj pembelajaran yang lengkap. Dalam hal ini, seorang guru haruslah proaktif dan berupaya untuk menghasilkan bahan-bahan interaktif baru untuk kegunaan pengajaran murid-murid. Hal ini sentiasa ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana seorang guru itu menjadi pemangkin dalam kecemerlangan anak didikannya.
Di samping itu, perkara paling penting yang telah saya pelajari ialah bagaimana untuk menghasilkan laman web dengan sempurna dan teratur berpandukan kepada prosedur-prosedur yang sedia ditetapkan. Penghasilan laman web ini penting kepada guru tersebut untuk tujuan pameran terutamanya kepada rakan-rakan pendidik ataupun murid-murid. Di dalam laman web ini, guru boleh memasukkan segala informasi atau ilmu pengetahuan bertujuan untuk mendidik murid secara alam maya. Pembelajaran sebegini sebenarnya lebih menarik kepada murid-murid kerana mereka berpeluang untuk mempelbagaikan pembelajaran mereka dan tidak terhad kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja.
Kesimpulannya sebagai seorang guru pelatih aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh saya di dalam subjek BMM3105 ini memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada saya. Melaluinya saya dapat mempelajari pelbagai perkara baru seperti membina katalog internet, m kemahiran mencari bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran di internet, mengetahui cara penggunaan internet yang betul, dan juga membina tapak/pakej pembelajaran. Sebagai seorang bakal guru pengetahuan-pengetahuan ini amat penting kepada sayauntuk menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan lebih efektif dan berkesan di sekolah pada masa akan datang.