Pengenalan Sintaksis
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atua kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
- bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
- melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
- Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Contoh ayat : Saya membaca buku.
Binaan ayat
Sesuatu pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau kontruksi. Sesuatu binaan terdiri daripada susunan beberapa rangkai kata yang dikenali sebagai unsur atau konstituen.
Contoh : Bangunan itu tinggi.
Subjek dan Predikat
- Ayat terbina daripada dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Kedua-dua konstituen boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan. Lihat contoh yang berikut :
Subjek : Beliau..
Predikat : guru di sekolah.
- Subjek ialah konstituen atau unsur yang diterangkan dalam sesuatu ayat. Dalam ayat di atas, subjeknya ialah beliau. Biasanya subjek terdiri daripada frasa nama.
- Predikat ialah konstituen atau unsur yang menerangkan subjek. Dalam ayat di atas, predikatnya ialah guru di sekolah. Biasanya, frasa yang berfungsi sebagai predikat ialah frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

binaan_ayat.docx | |
File Size: | 18 kb |
File Type: | docx |
ragam_ayat.docx | |
File Size: | 18 kb |
File Type: | docx |
jenis_ayat.docx | |
File Size: | 13 kb |
File Type: | docx |