Penggunaan Video dalam Kemahiran Membaca
Penggunaan teks semata-mata untuk mengajarkan kemahiran membaca memang boleh dipraktikkan, namun seseorang guru boleh meluaskan dan memaksimumkan penggunaan teks tersebut bagi memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid. Ini bergantung kepada kreativiti seseorang guru tersebut, namun salah satu bahan yang dicadangkan di dalam ruangan ini ialah penggunaan video. Jangan terkejut. Di dalam video juga, seseorang guru boleh memasukkan teks untuk bacaan para murid. Contohnya, guru memilih video lagu interaktif kanak-kanak, seperti 'Anak Ayam', di dalam video ini, guru boleh memasukkan lirik lagu tersebut, dan di dalam lirik lagu tersebut, guru boleh menyenaraikan beberapa perkataan-perkataan yang penting, yang kemungkinan jarang ditemui oleh murid-murid. Selain itu juga, guru boleh juga memberi warna-warna yang berlainan kepada setiap suku kata, ataupun huruf vokal dan konsonan. Dengan cara ini, mereka akan dapat membina kefahaman dengan lebih cepat dan singkat kerana menggunakan deria pengamatan dan pendengaran.
Perhatikan beberapa contoh-contoh video yang boleh digunakan di bawah ini:
Perhatikan beberapa contoh-contoh video yang boleh digunakan di bawah ini: