Penggunaan Grafik dalam Kemahiran Menulis
Dengan menggunakan grafik juga, seseorang guru boleh mengajarkan kemahiran menulis kepada murid-muridnya. Guru hanya perlu memperlihatkan grafik atau imej kepada murid-murid. Kemudian, guru boleh merangsan pemikiran murid dengan bertanya apakah yang mereka lihat pada grafik atau imej yang dipaparkan dan mengaitkan grafik tersebut dengan latar belakang murid-murid. Contohnya, guru menayangkan imej profesion atau pekerjaan, dan di dalam imej yang ditayangkan tersebut terdapat beberapa jenis pekerjaan, misalnya, bomba, polis, guru dan banyak lagi mengikut kreativiti guru tersebut. Kemudian guru membawa murid untuk berfikir apakah pekerjaan ibu bapa mereka masing-masing dan tugas yang mereka lakukan. Apa-apa imej ataupun grafik boleh digunakan, asalkan grafik tersebut dapat menjana pemikiran dan idea murid-murid untuk melaksanakan aktiviti kemahiran menulis.
Perhatikan contoh-contoh grafik yang boleh digunakan oleh guru di bawah:
Perhatikan contoh-contoh grafik yang boleh digunakan oleh guru di bawah: