Latar Belakang
Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi dianggap sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih mahupun guru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen utama di dalam pendidikan guru. Richert (1990) berhujah bahawa;
The ability to think about what one does and why - assessing past actions, current situations, and intended outcomes - is vital to intelligent practice, practice that is reflective rather than routine. As the time in the teaching process when teachers stop to think about their work and make sense of it, reflection influences how one grows as a professional by influencing how successfully one is able to learn from one's experiences." (Richert, 1990)
Maka, refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984). Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk daripada sesetengah tingkahlaku guru yang hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan dengan bilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang) menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan membuat refleksi - yakni menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar atau menulis rancangan mengajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).