Penggunaan Teks dalam Kemahiran Menulis
Bahan berupa teks juga boleh digunakan untuk mengajarkan kemahiran menulis. Kaedah ini sudah berkurun lamanya digunakan oleh guru untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Meskipun cara menggunakan bahan ini ternyata ringkas dan mudah, namun pelaksanaan aktiviti mengikut teknik yang betul haruslah dibiasakan bagi memastikan pengajaran guru tidak terkeluar daripada landasan yang sebenarnya.
Dalam hal ini, guru boleh memilih beberapa bahan teks yang dirasakan sesuai dan relevan dengan objektif pembelajaran yang ingin disampaikan. Teks yang ingin diperlihatkan kepada murid tidak semestinya sebuah teks yang lengkap dengan cerita dan susunan plot (cerita dongeng atau rakyat), tetapi juga boleh merangkumi beberapa siri perkataan yang tidak lengkap, iaitu yang memerlukan murid untuk mengisi tempat kosong, samada dengan beserta pilihan jawapan ataupun memerlukan murid berfikir sendiri. Namun, guru haruslah mengambil kira faktor kebolehan murid dan memberikan soalan yang tidak terlalu senang, ataupun tidak terlalu susah, iaitu yang setaraf dengan kemampuan murid tersebut.
Perhatikan beberapa contoh teks yang boleh digunakan di bawah:

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1._________! Indahnya pemandangan di sini! A. Oh B. Aduh C. Hei D. Wah 2._________! Sakitnya tangan saya! A. Aduh B. Aduhai C. Oh D. Wah 3._________, petahnya pelajar itu berbahasa! A. Amboi B. Aduh C. Cis D. Nah 4._________, cantiknya jam tangan ini! A. Oh B. Wah C. Hai D. Aduhai 5._________, siapkan latihan ini sekarang juga! A. Oh B. Cis C. Nah D. Wah 6._________, begini caranya membuat kek talam. A. Wah B. Oh C. Amboi D. Ceh 7._________, engkau telah berjaya! A. Nah B. Syabas C. Amboi D. Wah 8._________, perempuan yang tidak tahu mahu! A. Oh B. Wah C. Cis D. Hoi 9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini? A. Aduh B. Nah C. Eh D. Aduhai 10._________, rupanya kamu berdua adik-beradik! A. Nah B. Cis C. Eh D. Syabas | Baca dan sambung ayat di bawah sehingga menjadi sebuah karangan. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 120patah perkataan.
Cuaca pada hari itu panas sungguh. Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan, aku bergegas pulang ke rumah. Mahu tidak mahu, aku terpaksa juga melalui lorong yang sunyi itu. Tiba-tiba… |