Penggunaan Video dalam Kemahiran Menulis
Seperti juga kemahiran-kemahiran yang telah disebutkan tadi, kemahiran menulis tidak turut ketinggalan dalam menggunakan bahan video. Hal ini kerana video memainkan peranan iaitu menggabungkan ketiga-tiga bahan dalam kemahiran ini, iaitu sebuah video sudah tentu mengandungi grafik, teks dan audio. Tanpa elemen-elemen ini, maka tidak akan wujudlah sesebuah video tersebut. Perkara yang baiknya di dalam penggunaan video sebagai bahan pengajaran ialah, didapati bahawa pembelajaran di dalam bilik darjah lebih menarik, mudah dan senang difahami. Guru hanya perlu memperlihatkan video tersebut dan kemudian mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi merangsang minda mereka. Seterusnya, berdasarkan video tersebut, murid boleh menuliskan apa-apa yang terlintas di fikiran mereka, sama ada pengalaman, cadangan, pendapat ataupun langkah-langkah yang berkaitan dengan video yang ditayangkan tersebut.
Berikut adalah beberapa contoh video yang boleh diguna pakai semasa proses pengajaran :
Berikut adalah beberapa contoh video yang boleh diguna pakai semasa proses pengajaran :